Wednesday 1 October 2014

Keunikan Festival Ais di Harbin China

PERNAHKAH anda menyaksikan berpuluh-puluh bangunan dan arca gergasi yang dibina dengan menggunakan ketulan bongkah ais. Malah terdapat pula arca berukuran 26 meter tinggi dan 117 meter lebar.
Anda boleh menyaksikan ukiran-ukiran menarik itu di Festival Seni Arca Salji Antarabangsa Harbin yang kini sedang berlangsung di ibu negeri wilayah Heilongjiang, China.

Memasuki tahun ke-29 penganjuran, festival tahunan itu mula dirasmikan pada 5 Januari lalu dan kebiasaannya akan berakhir pada penghujung Februari mengikut keadaan cuaca.
Harbin turut dikenali sebagai bandar ais kerana suhu setiap kali musim sejuknya mampu mencecah di bawah paras beku -28 darjah Celcius.

Festival ini sudah dilangsungkan sejak tahun 1963 lagi, sebelum terganggu beberapa tahun berikutan berlaku Revolusi Kebudayaan di China. Namun festival berkenaan diadakan semula sebagai acara tahunan sejak 5 Januari 1985.

Festival Seni Arca Salji Antarabangsa Harbin merupakan satu daripada empat festival ais terbesar dunia selain Festival Salji Sapporo di Jepun, Karnival Musim Sejuk Quebec di Kanada dan Festival Ski di Norway.
Ia dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Daerah Heilongjiang, Majlis Perbandaran Harbin dan Majlis Pentadbiran Pelancongan Harbin.

Sekurang-kurangnya 10,000 tenaga mahir dalam bidang pengukiran ais diupah untuk bekerja siang dan malam selama dua minggu bagi menghasilkan ukiran-ukiran ini.

Kesemua tenaga kerja terbabit hanya menggunakan alat-alat asas seperti penyodok, pahat dan cangkul untuk membentuk ketulan air menjadi pelbagai hasil seni yang menakjubkan.

BONGKAH

Mereka menggunakan bongkah ais 180,000 meter persegi dan salji 150,000 meter persegi, selain turut memotong permukaan Sungai Songhua di Harbin untuk diambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina bangunan dan arca tersebut.

Bertemakan ‘50 tahun Pertunjukan Salji, Harbin Yang Menawan’, kebanyakan ukiran yang dihasilkan merupakan monumen-monumen haiwan dan figura manusia termasuk bangunan-bangunan terkenal dunia seperti Colosseum, Bangunan Empire State dan Tembok Besar China.

Bagi menyerlahkan lagi kehebatan landskap dan ukiran, pihak penganjur turut memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) di seluruh kawasan bandar sehingga mewujudkan pemandangan yang indah pada waktu malam.

Walaupun, suhu sekitar mencatat -28 darjah Celcius, namun ia sama sekali tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung untuk menikmati kehebatan festival ini.

Lebih 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri bandar Harbin pada tahun ini.
Selain menikmati ukiran arca yang menarik, para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti lain yang disediakan seperti Parti Taman Tanglung Ais, permainan ski dan persembahan teater. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140112/pl_02/Keunikan-Festival-Harbin#ixzz3Exqy4zCL
© Utusan Melayu (M) Bhd 






Jom melancong ke Harbin,China bagi menyaksikan "World Ice & Snow Carving Festival" .
Bersama Intifada Travel & Tours Sdn Bhd . 

Pakej serendah RM4,950 untuk 8 Hari 7 Malam
Pakej termasuk :
*Tiket Penerbangan Pergi dan Balik ( China Airline )
*Airport tax 
*Pengangkutan sepanjang aturcara
*Penginapan 2 org sebilik 
*Sarapan pagi di Hotel (buffet) . makan tengahari & malam
*Tiket masuk Festival Ais & Museum
*Visa China

RM4,950 All in package selama 8Hari 7Malam

*Tarikh penerbangan terbaru 07 Januari 2015 hingga 14 januari 2015

Sila hubungi di talian :
Hotline - 0392830252
Sales - 0102576075 ( Muhammad Shazni ) For Booking !

1 comment:

  1. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info. Visit this site for Leh Ladakh tour packages

    ReplyDelete