Sunday 12 October 2014

Jom melancong ke Korea ..

Assalamualaikum ..
Salam dari Intifada Travel & Tours Sdn Bhd ..

Terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan kami dan melawati blog travel Intifada .

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua perjalanan sepanjang lawatan di Korea bagi menikmati Musim Bunga . 

Maklumat penerbangan terbaru ialah pada 3 April 2015 yang mana ketika ini Musim Bunga di Korea . Jika anda berminat untuk menyertai rombongan lawatan kami ke Korea pada April tahun hadapan , sila hubungi 010-2576075 Muhammad Shazni Hawari ( Pengurus Pemasaran Umrah & Pelancongan ) . 

Pakej ialah pada harga RM3,790
*Penginapan di Hotel 5 bintang ( 2 orang sebilik )
*Tiket penerbangan pergi balik ( malaysia Airlines ) 
*Fullboard Makan Minum sepanjang lawatan 

aturcara….
hari 01         kuala lumpur – seoul
Berlepas dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Seoul.
hari 02         seoul – nam –i island                       (mt/mm)  
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon,anda akan di sambut oleh wakil agensi kami. Seterusnya rombongan akan di bawa melawat ke The Odusan Unification Observatory- dibuka untuk umum pada 1992, ini adalah tempat pertemuan di antara Korea Utara dan Korea Selatan.Pulau Nami( Nami Island ).Setibanya di Pelabuhan Gapyeong, perjalanan perlu diteruskan dengan menaiki feri menyeberangi  Sungai Han yang mengambil masa kira-kira lima   minit, Pulau Nami sebelum ini digunakan sebagai lokasi penggambaran bagi filem “ WinterSonata “ cinta dua watak dilakonkan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo yang dipaparkan dalam sisi cukup cantik dan pernah mencetuskan fenomena kegilaan penonton terhadap drama bersiri dari Negara itu.

hari 03         nam –i island – mT sorak                         (SP/mt/mm)  
Selepas sarapan, anda akan dibawa menuju ke pergunungan yang terindah di Korea iaitu Mt Sorak National Park. Setibanya disana ,   anda akan dibawa menuju ke pergunungan Sorak dengan menaiki kereta kabel ( jika cuaca mengizinkan ) .Selepas itu lawatan diteruskan ke Muzium Teddy Bear dan Pelabuhan Daepohang (Daepohang Port ) pelabuhan yang terletak di daerah Sokcho yang terletak di titik paling selatan menjadi tempat tarikan yang popular bagi penggemar ikan segar .

hari 04         mT sorak – seoul                             (SP/mt/mm)  
Pagi ini ,kembali menuju ke Bandar Seoul.Nikmatilah keindahan dan kemeriahan Taman Tema Everland yang terbesar di Korea.Selepas itu, berbelanja di Dongdaemun Market– atau dikenali dengan nama Gerbang Besar Timur merupakan pusat komersial yang terbesar di Seoul , pusat membeli belah yang utama terdapat disini adalah Doosan Tower ( Doota Mall ), Migliore, dan Hello APM.Pada malam hari anda akan di bawa menonton Jump Show - persembahan Jump yang menggabungkan kombinasi humor, tarian dan seni mempertahankan diri Korea.Menceritakan tentang sebuah keluarga dan 2 pencuri yang naif yang telah masuk ke rumah mereka.Anda pasti terhibur dengan persembahan yang lucu dan mencuit hati ini. ListenRead phonetically 

hari 05         seoul                                        (SP/mt/mm)  
Selepas bersarapan,lawatan dimulakan ke Istana Kyongbok (GyeongbokPalace) –merupakan sebuah istana yang terletak disebelah utara kota Seoul(Gangbuk), Korea Selatan. Istana ini terbina dari 5istana besar dan merupakan yang terbesar yang dibina oleh Dinasti Joseon.Lawatan diteruskan ke Muzium President Sarangcahe (Sarangcahe Presidential  Museum )-mula dibuka pada January 2010 muzium ini memaparkan suasana didalam pejabat presiden Korea. Kunjungan seterusnya ke Masjid Besar Seoul (Seoul International Mosque).Selepas itu berbelanja di Namdaemun Market– pasar tradisional terbesar di Korea yang menjual pelbagai barangan seperti keronsang,pakaian,kasut dan pelbagai lagi.

hari 05         seoul – KUALA LUMPUR               (SP)  
Pagi ini anda akan di bawa ke Pusat Ginseng ( GinsengCenter )untuk mengenali ginseng dan khasiatnya.Selepas itu menuju ke Pusat Amethyst( Amethyst Center).Selepas ini anda akan dibawa ke kelas kimchi untuk mempelajari cara-cara membuat kimchi.Disini anda juga berpeluang untuk mencuba pakaian tradisonal orang Korean iaitu Hanbook.Anda akan diberi peluang untuk berbelanja di saat akhir sebelum menuju ke lapangan terbang.Pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa kenangan yang indah dari Korea.

* Jadual di atas mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa bagi kelancaran perjalanan.


Wednesday 1 October 2014

Keunikan Festival Ais di Harbin China

PERNAHKAH anda menyaksikan berpuluh-puluh bangunan dan arca gergasi yang dibina dengan menggunakan ketulan bongkah ais. Malah terdapat pula arca berukuran 26 meter tinggi dan 117 meter lebar.
Anda boleh menyaksikan ukiran-ukiran menarik itu di Festival Seni Arca Salji Antarabangsa Harbin yang kini sedang berlangsung di ibu negeri wilayah Heilongjiang, China.

Memasuki tahun ke-29 penganjuran, festival tahunan itu mula dirasmikan pada 5 Januari lalu dan kebiasaannya akan berakhir pada penghujung Februari mengikut keadaan cuaca.
Harbin turut dikenali sebagai bandar ais kerana suhu setiap kali musim sejuknya mampu mencecah di bawah paras beku -28 darjah Celcius.

Festival ini sudah dilangsungkan sejak tahun 1963 lagi, sebelum terganggu beberapa tahun berikutan berlaku Revolusi Kebudayaan di China. Namun festival berkenaan diadakan semula sebagai acara tahunan sejak 5 Januari 1985.

Festival Seni Arca Salji Antarabangsa Harbin merupakan satu daripada empat festival ais terbesar dunia selain Festival Salji Sapporo di Jepun, Karnival Musim Sejuk Quebec di Kanada dan Festival Ski di Norway.
Ia dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Daerah Heilongjiang, Majlis Perbandaran Harbin dan Majlis Pentadbiran Pelancongan Harbin.

Sekurang-kurangnya 10,000 tenaga mahir dalam bidang pengukiran ais diupah untuk bekerja siang dan malam selama dua minggu bagi menghasilkan ukiran-ukiran ini.

Kesemua tenaga kerja terbabit hanya menggunakan alat-alat asas seperti penyodok, pahat dan cangkul untuk membentuk ketulan air menjadi pelbagai hasil seni yang menakjubkan.

BONGKAH

Mereka menggunakan bongkah ais 180,000 meter persegi dan salji 150,000 meter persegi, selain turut memotong permukaan Sungai Songhua di Harbin untuk diambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina bangunan dan arca tersebut.

Bertemakan ‘50 tahun Pertunjukan Salji, Harbin Yang Menawan’, kebanyakan ukiran yang dihasilkan merupakan monumen-monumen haiwan dan figura manusia termasuk bangunan-bangunan terkenal dunia seperti Colosseum, Bangunan Empire State dan Tembok Besar China.

Bagi menyerlahkan lagi kehebatan landskap dan ukiran, pihak penganjur turut memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) di seluruh kawasan bandar sehingga mewujudkan pemandangan yang indah pada waktu malam.

Walaupun, suhu sekitar mencatat -28 darjah Celcius, namun ia sama sekali tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung untuk menikmati kehebatan festival ini.

Lebih 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri bandar Harbin pada tahun ini.
Selain menikmati ukiran arca yang menarik, para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti lain yang disediakan seperti Parti Taman Tanglung Ais, permainan ski dan persembahan teater. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140112/pl_02/Keunikan-Festival-Harbin#ixzz3Exqy4zCL
© Utusan Melayu (M) Bhd 






Jom melancong ke Harbin,China bagi menyaksikan "World Ice & Snow Carving Festival" .
Bersama Intifada Travel & Tours Sdn Bhd . 

Pakej serendah RM4,950 untuk 8 Hari 7 Malam
Pakej termasuk :
*Tiket Penerbangan Pergi dan Balik ( China Airline )
*Airport tax 
*Pengangkutan sepanjang aturcara
*Penginapan 2 org sebilik 
*Sarapan pagi di Hotel (buffet) . makan tengahari & malam
*Tiket masuk Festival Ais & Museum
*Visa China

RM4,950 All in package selama 8Hari 7Malam

*Tarikh penerbangan terbaru 07 Januari 2015 hingga 14 januari 2015

Sila hubungi di talian :
Hotline - 0392830252
Sales - 0102576075 ( Muhammad Shazni ) For Booking !

KISAH TENTERA AL-QASSAM TERPERANGKAP 13 HARI DALAM TEROWONG



Subahanallah
[cakna Palestin : 23 Mujahid Al-Qassam terselamat dari runtuhan terowong setelah 13 hari terperangkap]

Satu kejadian yang tidak disangka berlaku apabila sekumpulan mujahidin dari pergerakan Al-qassam seramai 23 masih hidup walaupun terperangkap selama 13 hari disalah sebuah terewong yang menyeberangi sempadan Gaza dan Israel untuk menyerang askar Zionis Israel. Peristiwa ini adalah salah satu daripada kisah-kisah yang menceritakan tentang karamat Allah S.w.t kepada hamba-hambanya yang berjuang di jalan-NYA.

Salah seorang daripada Mujahid Al-Qassam memberitahu bahawa, Peristiwa ini berlaku apabila jalan keluar dan masuk salah satu terowong ini dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel dan menyebabkan mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini terperangkap di dalamnya. Kedalaman terowong bawah tanah itu dipercayai sedalam 25 meter dari permukaan tanah.

Wakil bilik gerakan pergerakan Al-Qassam memberitahu bahawa, sejak hari pertama mereka dihantar untuk melakukan serangan keatas tentera Zionis Israel melalui terowong ini, hubungan diantara mereka dan kumpulan 23 Mujahidin ini terputus disebabkan runtuhnya jalan keluar dan masuk terowong ini setelah di Bom oleh tentera zionis. Maka dengan itu, mereka menyangka 23 mujahidin ini telah pun syahid.

Pihak Al-Qassam menjalankan carian terhadap 23 mujahidin ini setelah genjatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel. Operasi mencari ini adalah untuk mencari jasad mereka yang tertimbus. Namun apa yang mengejutkan ialah, apabila kami menjumpai mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini berada dalam keadaan sihat sepanjang tempoh 13 hari mereka terperangkap didalam terowong ini.

Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : "Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut.

Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."

Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.

Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."

Manakala, seorang lagi daripada 23 Mujahidin ini berkata, bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu ada. Allah telah memudahkan urusan dan keperluan mereka selama mereka terperangkap didalam 'perut bumi' ini. Kebetulan pada waktu itu adalah pada bulan Ramadhan, maka setiap daripada kami membawa bekal sedikit buah Tamar (kurma), sepanjnag kami terperangkap dalam terowong itu, kami makan separuh daripada buah kurma yang kami bawa itu setiap hari. Manakala sumber minuman pula kami mendapatkanya daripada punca airmata air yang mengalir di kawasan terowong itu, maka kami mengambilnya dengan menggunakan cebisan daripada baju dan setiap daripada kami meminumnya dalam anggaran separuh gelas setiap hari.

Beliau menambah lagi " sesungguhnya kejadian ini menjadi bukti kepada seluruh penduduk Palestin khususnya dan seluruh umat islam Amnya, bahawasanya ALLAH bersama kita dan DIA (ALLAH) tidak sesekali meninggalkan kita dengan sia-sia , Sesungguhnya Sebaik-baik pertolongan itu adalah pertolongan daripada ALLAH ".

sumber : Nafhidatul Misr/ Al-Jazeera Misr/ Malaysians 4 Egypt - M4E


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/08/kisah-tentera-al-qassam-terperangkap-13.html#ixzz3EspLeAIf

Kisah perjuangan Palestin : Izzuddin Al-Qassam

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria dan dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk beberapa tahun mulai 1906.

Sheikh Al-Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Dia mengikut serta di dalam revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.

Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.

Izzudin Al-Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penhijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Palestin bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untu merebut tanah dengan kekerasan ataupun pujuk-rayu.

Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Kemudiannya berpindah tugas di Masjid Al-Istiqlal iaitu asjid terbesar ketika itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam'iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan dia bertindak sebagai pemimpinnya.

Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun sebahagian daripada mereka mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi, atau sebahagiannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.

Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiakan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan. Dalam tempoh tujuh tahun beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.

Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama:
  • Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.

  • Ajakan untuk berjihad.

  • Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.

Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan:
  • Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yag hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.

  • Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.

  • Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.

  • Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggungjawabnya, lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama meyakini dan bangun berjuang.
    Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam serangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan serangan dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.

Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al-Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.

Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.

Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al-Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan aggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan untuk berjumpa di syurga.

Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat bertempur menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya'bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935. 

Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin Al-Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam yang ada di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.

Jasa Sheikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), menabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.

Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al-Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.

Intifada Travel & Tours Sdn Bhd

Assalamualaikum ..

Blogger rasmi Intifada Travel & Tours Sdn Bhd beroperasi bermula pada hari ini dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman pengembaraan di serata pelusuk dunia . Untuk maklumat pembaca , Intifada Travel & Tours Sdn Bhd telah beroperasi sejak dari tahun 2011 sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang lebih menjurus kepada pelancongan berkonsepkan MUSLIM TOURS dimana penekanan kami adalah terhadap kualiti dan harga pakej yang sangat berpatutan .

Pakej yang setiap tahun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan ialah Pakej Lambaian Palestin . Lebih dari 9 Penerbangan setiap tahun disertai lebih dari 500 jemaah setahun menjadikan Pakej ini adalah pakej terbaik telah berjaya kami hasilkan sepanjang penglibatan kami dalam industri pelancongan di Malaysia .

Di samping penekanan terhadap Pakej Umrah & Ziarah Palestin , sudah pastinya pakej-pakej lain tidak terlepas dari pandangan mata jemaah kami yang hampir setiap tahun berulang kali mengikut rombongan yang dikendalikan oleh pihak kami . Pakej FULLBOARD ASIA adalah pakej bajet yang memberi peluang masyarakat Malaysia umumnya untuk menjelajah dan mengembara dengan kadar pakej yang sangat menjimatkan , makanan disediakan 3 kali sehari , penginapan dan pengangkutan serta pemandu pemandu pelancong yang berpengalaman luas soal keadaan di tempat yang ingin dilawati . FULLBOARD ASIA adalah pakej ALL IN . 

Insha Allah di masa akan datang kami akan berkongsi lagi keistimewaan mengembara bersama kami . Sebarang maklumat berkaitan sila layari laman web rasmi kami www.intifadatravel.webs.com dan ditalian 010-2576075 Muhammad Shazni Bin Hawari ( Sales & Marketing ) atau ibu pejabat kami 03-92830250 .